skip to main | skip to sidebar

Fauzi Taib™

©My Life, My Destiny.... Sedetik Lebih

Pages

Selamat Datang.....












widgets

Tuesday, 5 April 2011

Syukur Alhamdulillah......

positif ker?????
Syukur Alhamdulillah.................... Allah telah menganugerahkan rezeki kepada hidup aku....

Setelah bermacam rintangan, dugaan, cabaran dan segala macam kesusahan yg aku hadapi dari sebelum kahwin sampai lah selepas kahwin... Alhamdulillah bulan April ni satu demi satu rezeki yang Allah Taala kurniakan dalam hidup aku.... Bermula dengan kepercayaan yang diberikan oleh boss di tempat keja utk memangku tugas, pastu dapat pulak perkhabaran yang seperti gambar di atas tu, Insyaallah kalau semua nya selamat bulan November nanti Fauzi junior akan melihat dunia ni.... :) dan yang terbaru beri wife dah diterima kerja... Walaupun kerja yang gajinya tak seberapa tapi cukuplah untuk kami berkosngsi untuk meneruskan hidup.....Syukur Alhamdulillah... mudah-mudahan Allah akan memberikan rezeki yang lebih lagi di masa akan datang... AMin!!
terima kasih byk2 pada kawan2 di kala susah dan senang seperti Siti Mahani dan suami, Sabri, Azmi dan isteri, Johana, Heare dan ister Faizah dan x lupa jugak  Faizol...... Sesungguhnya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian semua....Amin..

Bagi kawan-kawan yang baru berkahwin dan yang akan berkahwin mari sama-sama kita baca petikan di bawah ni.....

Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah SAW. Manakala sunnah itu sendiri merupakan satu amalan yang dijanjikan balasan pahala terhadap orang yang melakukannya.

Sabda Baginda yang bermaksud: "Perkahwinan itu sunnahku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku." (Riwayat Bukhari)

Hari ini sering kita melihat bahawa sesuatu perkahwinan itu menjadi perkara yang rumit dan menyusahkan. Mengapa perkara ini boleh terjadi? Ramai di antara kita yang beranggapan untuk berkahwin memerlukan kenderaan, memiliki rumah besar, wang yang banyak dan sebagainya. Cuba kita renungkan dan mengambil iktibar dari kisah yang berlaku lebih kurang 1,400 tahun dahulu yang boleh kita jadikan panduan hidup ini. Insya Allah.

Pada suatu hari, Rasulullah SAW telah didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin. Kemudian ia meminta jalan keluar agar terlepas dari belengu kemiskinan. Tanpa berlenggah lagi, Rasulullah SAW terus menyuruh lelaki tersebut supaya berkahwin. Lelaki tersebut sangat gembira dengan saranan yang diberikan Rasulullah. Dengan keyakinan yang mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin.

Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan nasibnya, "Ya Rasulullah! Aku telah pun berkahwin, tetapi masih dalam keadaan miskin. Apa yang harus aku lakukan wahai Rasulullah?". "Kahwin lagi," jawab Rasulullah singkat.

Si lelaki tersebut tidak banyak bertanya. Beliau mempercayai Rasulullah SAW sepenuhnya kerana tidak mungkin Rasulullah mahu menipu umatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain. Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan masalahnya : "Wahai Rasulullah, isteriku sudah dua pun dua orang, tapi aku masih tetap miskin, bagaimana ya Rasulullah... ?" keluh lelaki itu. "Kahwinlah lagi," jawab Rasulullah singkat. Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar jawapan Rasulullah. Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga.

Namun setelah beberapa lama, keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya ia berasa malu untuk mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya ia masih tetap miskin. Dengan berat hati, beliau menemui Rasulullah dan menyampaikan masalahnya. "Wahai Rasulullah, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang harus aku lakukan? ", adu lelaki itu. "Berkahwinlah lagi,"kata Rasulullah. Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat.

Ternyata benarlah segala kata-kata Rasulullah. Ternyata isteri keempatnya ini membawa keberkatan perkahwinan di dalam kehidupannya. Dengan kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada ketiga-tiga madunya. Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan. Perusahaan industrinya semakin maju dan mampu mencukupi keperluan rumahtangga lelaki itu serta isteri-isterinya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Carilah rezeki dengan menikah" (Riwayat Ibnu Abbas)

Firman Allah SWT yang bermaksud: " Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Surah an-Nur : 32)

Dengan mengambil iktibar dan teladan dari kisah di atas, Insya Allah jika niat kita ikhlas dan murni serta tujuan berkahwin itu kerana Allah, tidak mustahil segala gejala-gejala sosial dapat dihindarkan.

Hai insan yang alpa Kehinaan bagi mu Kebangaan bagi ku..





Dicatat oleh Fauze Taib di Tuesday, April 05, 2011 Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Terima Kasih

widgets

Ramalan Kaji Cuaca

bloguez.com

Jam

Sila KLIK di sini... Terima Kasih

KLIK sini juga.. TQVM ;)

Sembang-Sembang...

Followers

Powered by Blogger.

My Blog List

Total Pageviews

Blog Archive

  • ►  2014 (2)
    • ►  September (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2013 (5)
    • ►  January (5)
  • ►  2012 (14)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (7)
    • ►  May (2)
  • ▼  2011 (47)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (6)
    • ▼  April (5)
      • Kilang mesin taip terakhir di dunia ditutup
      • Jom Tidor.....
      • POINTS ON HOW TO IMPROVE YOUR LIFE
      • Syukur Alhamdulillah......
      • Majlis Jamuan Rakyat bersama Perdana Menteri di Ba...
    • ►  March (11)
    • ►  February (14)
    • ►  January (5)
  • ►  2010 (6)
    • ►  December (6)

Blogroll

  • Penang Bloggers
  • CIMB Clicks
  • Facebook
  • Gossip
  • Harian Metro
  • Hot Fm
  • Maybank2u
  • Mstar Online
  • Online Booking Airasia
Follow @f1fauzi

Twitter

Tweet

Popular Posts

  • Mari kenali jenis-jenis Durian
  • Selamat Hari Guru
    Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajar aku bermula dari tadika, sekolah rendah di SKSK, Sekolah Menengah di SMK Seri,...
  • Happy 1st Birthday Muhammad Faris bin Md Fauzi
    Assalamulaikum...  Agak bersawang jugak dah blog ni sbb lama x update... dah mcm2 program/aktiviti/3vent yg terlepas.. x palah.. setakat m...
  • Happy birthday my lovely wife
    Happy birthday.... Thanks For everything... Thanks Allah for the 'gift'
  • Merawat jiwa yang lara....

About Me

My photo
Fauze Taib
Balik Pulau, Pulau pinang, Malaysia
It’s not what I am inside BUT what I do that defines me..... My Positive Outward Appearance :- +-> Friendly +-> Caring +-> Responsible +-> Confident +-> Respect +-> Make Fun +-> Comprehend +-> Good Listener +-> Hardworking +-> Kind +-> Good Looking +-> Quite Intelligent +-> Good Guy
View my complete profile
 
Copyright (c) 2010 Fauzi Taib™. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes