skip to main | skip to sidebar

Fauzi Taib™

©My Life, My Destiny.... Sedetik Lebih

Pages

Selamat Datang.....












widgets

Wednesday, 27 April 2011

Kilang mesin taip terakhir di dunia ditutup

 


TUGAS mesin taip sudah diambil alih sepenuhnya oleh gajet lebih canggih terutama komputer.



MUMBAI, India - Syarikat Godrej and Boyce yang menjadi pengeluar mesin taip terakhir di dunia terpaksa menghentikan operasinya dan hanya meninggalkan beberapa ratus buah mesin taip dalam stoknya sebelum dijual kepada orang ramai, lapor sebuah akhbar semalam.
Penutupan kilang itu dipercayai akibat permintaan terhadap mesin taip semakin berkurangan sejak 10 tahun lalu selepas orang ramai beralih kepada komputer.
Pengurus Besar Godrej and Boyce, Milind Dukle berkata kepada akhbar tempatan India, Business Standard: "Kami tidak menerima banyak permintaan sekarang. Sejak awal tahun 2000, penggunaan komputer terus mendominasi pengguna di seluruh negara. Semua syarikat yang mengeluarkan mesin taip menghentikan operasi masing-masing kecuali kami.
"Sehingga tahun 2009, kami hanya menghasilkan 10,000 hingga 12,000 mesin taip setahun. Mungkin sekarang adalah waktu terbaik buat pengguna mesin taip untuk mendapatkan produk terakhir kami."
Syarikat itu memulakan perniagaan sejak tahun 1950-an selepas bekas Perdana Menteri, Jawaharlal Nehru menganggap mesin taip sebagai simbol pengembangan kemerdekaan dan industri di India.
Terdapat sebanyak 200 buah mesin taip ada dalam stok syarikat tersebut. Majoritinya terdiri daripada model dengan aksara bahasa Arab.
Pada awal 1990-an, Godrej and Boyce menjual 50,000 unit mesin taip setiap tahun. Tetapi pada tahun lalu, ia hanya dapat menjual 800 unit sahaja. - Agensi
Dicatat oleh Fauze Taib di Wednesday, April 27, 2011 0 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Monday, 11 April 2011

Jom Tidor.....


Jom tido..
Orang cakap gaya tido kita boleh menggambarkan sifat peribadi kita yang sbenar... Tapi sejauh mane kebenarannya??? Habis tu, kalo die tu ade byk gaya tido, camne pulak??huhuhu~

Tapi peratus kebenarannya boleh dikatakan agak tinggi la... Penat2 orang kaji, survey sana sini.. Takkan la takde langsung yg betul kan.. Mesti la ade sikit2.. Kira ok la tue... Apa pun, meh la kita same2 tengok analisa di sebalik gaya tido korang.. Pastu pandai2 la korang renungkan..hehe

1. Gaya tido starfish (kira mcm aksi bebas la ni)

Korang adalah seorang kawan yang bagus dan prihatin.. Selain tu, korang jugak seorang pendengar yang baik kerana mengambil berat masalah kawan2.. Korang memang suka menolong orang lain yg dalam kesusahan.. Namun korang tak suka kalo jadi perhatian orang ramai.

2. Gaya tido foetus (bajet cam baby la ni)

Mencerminkan korang ni jenis nampak je tabah kat luar tapi sebenarnya sensitif di dalam... Bila jumpa je orang yang baru dikenali, korang memang akan jadi seorang yg sgt pemalu ( malu-malu kucing je tu)...

3. Gaya tido freefaller (air liur basi pon memang mudah keluar)
Korang ni jenis yang mudah mencari kawan dan kawan2 pon sangat menyayangi korang.. Tapi di sebalik tu, korang ni jenis pantang kalo dikritik.. Pastu mula lah naik angin satu badan..

4. Gaya tido log ( jgn sesekali kentut pulak)
Kalo orang yg tido camni pulak, dorang pun jenis yang mudah nak bergaul dengan sesape je.. Pastu korang pon jenis yang easy going dan open minded la.

5. Gaya tido yeaner (best dapat tido camni hehe)

Korang ni memang jenis yang open minded tetapi suke bersikap curiga pada orang lain. Dan korang pon susah untuk meluahkan perasaan... Kalo korang dah buat sesuatu keputusan, korang memang takkan berganjak dah untuk menukar fikiran... ..


p/s: sekali sekala buat entri yang camni......mgkin betul kan....



Dicatat oleh Fauze Taib di Monday, April 11, 2011 0 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

POINTS ON HOW TO IMPROVE YOUR LIFE

Personality:

1. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
2. Don't have negative thoughts of things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment
3. Don't over do; keep your limits
4. Don't take yourself so seriously; no one else does
5. Don't waste your precious energy on gossip
6. Dream more while you are awake
7 . Forget issues of the past. Don't remind your partner of his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
8
. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
9
. Make peace with your past so it won't spoil the present
10
. No one is in charge of your happiness except you
11
. Smile and laugh more
12 . You don't have to win every argument. Agree to disagree.

Community:
13 . Call your family often
14
. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6
15
. Try to make at least three people smile each day
16
. What other people think of you is none of your business
17
. Your job will not take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.

Life:

20 . Do the right things
21
. However good or bad a situation is, it will change
22
. No matter how you feel, get up, dress up and show up
23
. The best is yet to come
24
. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful
25
. When you awake alive and healthy in the morning, thank your parents for giving you this life, sing a song and be contented with everything, like the birds who stride the sky!

While you practice all of the above, share this knowledge with the people you love, people you hate,
people you play with, people you work with and people you live with.
Not only will it enrich YOUR life, but also that of those around you.

"ALWAYS LAUGH & MAKE OTHERS TO LAUGH"


Dicatat oleh Fauze Taib di Monday, April 11, 2011 0 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Tuesday, 5 April 2011

Syukur Alhamdulillah......

positif ker?????
Syukur Alhamdulillah.................... Allah telah menganugerahkan rezeki kepada hidup aku....

Setelah bermacam rintangan, dugaan, cabaran dan segala macam kesusahan yg aku hadapi dari sebelum kahwin sampai lah selepas kahwin... Alhamdulillah bulan April ni satu demi satu rezeki yang Allah Taala kurniakan dalam hidup aku.... Bermula dengan kepercayaan yang diberikan oleh boss di tempat keja utk memangku tugas, pastu dapat pulak perkhabaran yang seperti gambar di atas tu, Insyaallah kalau semua nya selamat bulan November nanti Fauzi junior akan melihat dunia ni.... :) dan yang terbaru beri wife dah diterima kerja... Walaupun kerja yang gajinya tak seberapa tapi cukuplah untuk kami berkosngsi untuk meneruskan hidup.....Syukur Alhamdulillah... mudah-mudahan Allah akan memberikan rezeki yang lebih lagi di masa akan datang... AMin!!
terima kasih byk2 pada kawan2 di kala susah dan senang seperti Siti Mahani dan suami, Sabri, Azmi dan isteri, Johana, Heare dan ister Faizah dan x lupa jugak  Faizol...... Sesungguhnya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian semua....Amin..

Bagi kawan-kawan yang baru berkahwin dan yang akan berkahwin mari sama-sama kita baca petikan di bawah ni.....

Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah SAW. Manakala sunnah itu sendiri merupakan satu amalan yang dijanjikan balasan pahala terhadap orang yang melakukannya.

Sabda Baginda yang bermaksud: "Perkahwinan itu sunnahku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku." (Riwayat Bukhari)

Hari ini sering kita melihat bahawa sesuatu perkahwinan itu menjadi perkara yang rumit dan menyusahkan. Mengapa perkara ini boleh terjadi? Ramai di antara kita yang beranggapan untuk berkahwin memerlukan kenderaan, memiliki rumah besar, wang yang banyak dan sebagainya. Cuba kita renungkan dan mengambil iktibar dari kisah yang berlaku lebih kurang 1,400 tahun dahulu yang boleh kita jadikan panduan hidup ini. Insya Allah.

Pada suatu hari, Rasulullah SAW telah didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin. Kemudian ia meminta jalan keluar agar terlepas dari belengu kemiskinan. Tanpa berlenggah lagi, Rasulullah SAW terus menyuruh lelaki tersebut supaya berkahwin. Lelaki tersebut sangat gembira dengan saranan yang diberikan Rasulullah. Dengan keyakinan yang mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin.

Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan nasibnya, "Ya Rasulullah! Aku telah pun berkahwin, tetapi masih dalam keadaan miskin. Apa yang harus aku lakukan wahai Rasulullah?". "Kahwin lagi," jawab Rasulullah singkat.

Si lelaki tersebut tidak banyak bertanya. Beliau mempercayai Rasulullah SAW sepenuhnya kerana tidak mungkin Rasulullah mahu menipu umatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain. Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan masalahnya : "Wahai Rasulullah, isteriku sudah dua pun dua orang, tapi aku masih tetap miskin, bagaimana ya Rasulullah... ?" keluh lelaki itu. "Kahwinlah lagi," jawab Rasulullah singkat. Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar jawapan Rasulullah. Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga.

Namun setelah beberapa lama, keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya ia berasa malu untuk mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya ia masih tetap miskin. Dengan berat hati, beliau menemui Rasulullah dan menyampaikan masalahnya. "Wahai Rasulullah, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang harus aku lakukan? ", adu lelaki itu. "Berkahwinlah lagi,"kata Rasulullah. Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat.

Ternyata benarlah segala kata-kata Rasulullah. Ternyata isteri keempatnya ini membawa keberkatan perkahwinan di dalam kehidupannya. Dengan kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada ketiga-tiga madunya. Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan. Perusahaan industrinya semakin maju dan mampu mencukupi keperluan rumahtangga lelaki itu serta isteri-isterinya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Carilah rezeki dengan menikah" (Riwayat Ibnu Abbas)

Firman Allah SWT yang bermaksud: " Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Surah an-Nur : 32)

Dengan mengambil iktibar dan teladan dari kisah di atas, Insya Allah jika niat kita ikhlas dan murni serta tujuan berkahwin itu kerana Allah, tidak mustahil segala gejala-gejala sosial dapat dihindarkan.

Hai insan yang alpa Kehinaan bagi mu Kebangaan bagi ku..





Dicatat oleh Fauze Taib di Tuesday, April 05, 2011 0 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Saturday, 2 April 2011

Majlis Jamuan Rakyat bersama Perdana Menteri di Balik Pulau

Terima Kasih Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Razak Perdana Menteri Malaysia kerana sudi datang ke Balik Pulau sempena jamuan rakyat bersama pemimpin pada 2 April 2011

Ter








Dicatat oleh Fauze Taib di Saturday, April 02, 2011 0 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Newer Posts Older Posts Home

Terima Kasih

widgets

Ramalan Kaji Cuaca

bloguez.com

Jam

Sila KLIK di sini... Terima Kasih

KLIK sini juga.. TQVM ;)

Sembang-Sembang...

Followers

Powered by Blogger.

My Blog List

Total Pageviews

Blog Archive

  • ►  2014 (2)
    • ►  September (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2013 (5)
    • ►  January (5)
  • ►  2012 (14)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (7)
    • ►  May (2)
  • ▼  2011 (47)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (6)
    • ▼  April (5)
      • Kilang mesin taip terakhir di dunia ditutup
      • Jom Tidor.....
      • POINTS ON HOW TO IMPROVE YOUR LIFE
      • Syukur Alhamdulillah......
      • Majlis Jamuan Rakyat bersama Perdana Menteri di Ba...
    • ►  March (11)
    • ►  February (14)
    • ►  January (5)
  • ►  2010 (6)
    • ►  December (6)

Blogroll

  • Penang Bloggers
  • CIMB Clicks
  • Facebook
  • Gossip
  • Harian Metro
  • Hot Fm
  • Maybank2u
  • Mstar Online
  • Online Booking Airasia
Follow @f1fauzi

Twitter

Tweet

Popular Posts

  • Mari kenali jenis-jenis Durian
  • Selamat Hari Guru
    Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajar aku bermula dari tadika, sekolah rendah di SKSK, Sekolah Menengah di SMK Seri,...
  • Happy 1st Birthday Muhammad Faris bin Md Fauzi
    Assalamulaikum...  Agak bersawang jugak dah blog ni sbb lama x update... dah mcm2 program/aktiviti/3vent yg terlepas.. x palah.. setakat m...
  • Happy birthday my lovely wife
    Happy birthday.... Thanks For everything... Thanks Allah for the 'gift'
  • Merawat jiwa yang lara....

About Me

My photo
Fauze Taib
Balik Pulau, Pulau pinang, Malaysia
It’s not what I am inside BUT what I do that defines me..... My Positive Outward Appearance :- +-> Friendly +-> Caring +-> Responsible +-> Confident +-> Respect +-> Make Fun +-> Comprehend +-> Good Listener +-> Hardworking +-> Kind +-> Good Looking +-> Quite Intelligent +-> Good Guy
View my complete profile
 
Copyright (c) 2010 Fauzi Taib™. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes