Happy birthday.... Thanks For everything... Thanks Allah for the 'gift'
Thursday, 24 January 2013
Happy birthday my lovely wife
Dicatat oleh
Fauze Taib
di
Thursday, January 24, 2013
3
ulasan
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
![](http://www.blogger.com/img/icon18_edit_allbkg.gif)
Salam Maulidur Rasul
Selawat & Salam atas junjungan besar Nabi Nabi Muhammad S.A.W
اللَهــــم صَــــلّ علَى ســيّدنا مُحمَّــــــد و علَى آل ســـيّدنا مُحمَّــــــدْ
▹
Malaikat saja sanggup menghitung jumlah tetesan air hujan yg jatuh ke muka bumi ini...tp 1 yg tdk sanggup dia hitung iaitu jumlah Pahala orang yg berselawat kpd Rasulullah S.A.W
<3 data-blogger-escaped-:="" data-blogger-escaped-br="">
Salam maulidur rasul ;) (‾⌣‾)♉
اللَهــــم صَــــلّ علَى ســيّدنا مُحمَّــــــد و علَى آل ســـيّدنا مُحمَّــــــدْ
▹
Malaikat saja sanggup menghitung jumlah tetesan air hujan yg jatuh ke muka bumi ini...tp 1 yg tdk sanggup dia hitung iaitu jumlah Pahala orang yg berselawat kpd Rasulullah S.A.W
Biodata dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم ) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.
Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.
Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.
BIODATA RASULULLAH S.A.W:
1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W:
USIA 5 TAHUN*
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud didalamnya.
USIA 6 TAHUN*
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN*
Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).*
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN*
Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN*
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN*
Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN*
Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN*
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN*
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W1. Khadijah Binti Khuwailid2. Saudah Binti Zam’ah3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)7. Zainab Binti Jahsy8. Maimunah Binti Harith9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.
<3 data-blogger-escaped-:="" data-blogger-escaped-br="">
Salam maulidur rasul ;) (‾⌣‾)♉
Dicatat oleh
Fauze Taib
di
Thursday, January 24, 2013
0
ulasan
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
![](http://www.blogger.com/img/icon18_edit_allbkg.gif)
Monday, 7 January 2013
Merawat jiwa yang lara....
Dicatat oleh
Fauze Taib
di
Monday, January 07, 2013
0
ulasan
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
![](http://www.blogger.com/img/icon18_edit_allbkg.gif)
Friday, 4 January 2013
Tips Penjagaan Ketika Hamil (Terutama Pada Yang Bakal Bergelar Ibu)
Tips Penjagaan Ketika Hamil (Terutama Pada Yang Bakal Bergelar Ibu)
1. Makan makanan yg seimbang
- kena pandai pilih makanan supaya cukup zat, memelihara dan mencantikkan kulit anak, dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit.
2. jaga tingkah laku,jaga amalan
- pelihara ibadah disamping tambahkan amalan sunat, berzikir dan sebagainya. Mengingat Allah selalu dan taubat sentiasa dan menyucikan hati. Supaya hati anak suci. Insya Allah. Mengucapkan kata-kata yang baik selalu. Jangan selalu marah-marah, kena elakkan atau kurangkan kerana tingkah laku ibu akan mempengaruhi sikap anak yang lahir.
3. Sedekahkan fatihah pada anak dalam kandungan tiap pagi dan malam
- Amalan yang terbaik membaca ayat suci Al-Quran bermula kandungan dia berumur beberapa bulan supaya anak tu terbiasa dengar bacaan Al-Quran dan pengaruh dia bila dia besar nanti. Setiap pagi Ibu kena berinteraksi dengan kandungannya tapi ada la kata-kata yang diucapkan sambil mengusap-gusap perut sebagai tanda sayang kepada bayi itu. Bukan peranan ibu sahaja ayah pun digalakan berbuat demikian.
4. Jaga pantang larang
- Berpantang makan yang berbisa dan tajam. Pantang larang yang sebenar tetapi pantang larang ini hanya sewaktu janin diperingkat permulaan. Tips yang terbaik boleh di ambil dari ibu kandung atau ibu mentua masing-masing. Pernah dengar tentang terkenan? Atau terkena kenan? Bermaksud kena jaga tingkahlaku terutamanya pada binatang. Kata orang tua-tua, kalau kita buat jahat contohnya menyepak kucing, pelepah katak, benda tu akan memberi kesan pada anak yang dikandung. Kalau kaki kucing tadi terkehel, kaki anak kita jugak jadi abnormal. Kebenaran ini masih tidak dapat dikenal pasti, tapi lebih baik dielakkan. Jangan aniaya binatang.
5. Elakkan tekanan
- Kehidupan yang tenang, harmoni dan bahagia membantu proses pembentukan dan meransang minda anak supaya sihat dan cerdas. Macam mana pulak dengan tekanan kerja.? Sepatutnya ibu yang mengandung ni, balik kerja kena masak lagi untuk suami, penatnya. Dengan ini, suami haruslah, hulurkan tangan ringankan beban. Sama-sama soleh dan solehah. Insya Allah.
Yang terakhir, koleksi ayat-ayat yang digalakkan untuk pembacaan para ibu sepanjang proses kehamilan. InsyaAllah.
Disini, “Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)”,
“Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38 )”,
“Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)”,
“Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)”, “Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)”,
“Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)”,
“Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)”,
“Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)”,
“ Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)”,
“Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)”,
“Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati) dan buat si suami amalkan surah yang sama, semoga beroleh rahmat dariNYA.
via : Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim
Dicatat oleh
Fauze Taib
di
Friday, January 04, 2013
0
ulasan
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
![](http://www.blogger.com/img/icon18_edit_allbkg.gif)
Wednesday, 2 January 2013
Happy New Year 2013
Selamat menyambut tahun baru 2013....
Syukur Alhamdulillah rezeki tahun baru... Ptg 1.1.2013 Dah ke klinik utk confirm Kan btl2... Alhamdulillah, mmg sah tak lama lagi akan menjadi bapa... Cuma agak terkejut sbb doktor ckp dah 10 minggu... Ingatkan baru 4 minggu.... Tp bila check2 balik dgn scan smua rupa2nya baru 5 minggu... Emmm tak kisahlah.. janji semuanya selamat.. Semoga Allah melindungi bakal anak kami..Amin
Syukur Alhamdulillah rezeki tahun baru... Ptg 1.1.2013 Dah ke klinik utk confirm Kan btl2... Alhamdulillah, mmg sah tak lama lagi akan menjadi bapa... Cuma agak terkejut sbb doktor ckp dah 10 minggu... Ingatkan baru 4 minggu.... Tp bila check2 balik dgn scan smua rupa2nya baru 5 minggu... Emmm tak kisahlah.. janji semuanya selamat.. Semoga Allah melindungi bakal anak kami..Amin
Dicatat oleh
Fauze Taib
di
Wednesday, January 02, 2013
0
ulasan
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
![](http://www.blogger.com/img/icon18_edit_allbkg.gif)