skip to main | skip to sidebar

Fauzi Taib™

©My Life, My Destiny.... Sedetik Lebih

Pages

Selamat Datang.....












widgets

Monday, 30 May 2011

Check in di Ward Kecemasan HBP

Pening datang lagi..... last2 p hospital kna pulak tahan di wad kecemasan sbb BP tinggi balik.... ingat pening skit je rupanya BP tinggi..so kna la rehat2 di katil ward dkt sejam lbh sblm doktor nk check balik BP...sib baik pas check skali lg BP dh turun kalau dak alamat mmg kna check in trus la kt wad HBP...result ujian darah minggu lps pn dh dapat.....mmg gerun jugak result tu.....

apa blh buat.. dah habuan nk terima semua ni....kna terima lah... Ujian.Dugaan dari Dia.... pasni mmg kena tukar gaya hiduplah jawabnya.....semoga selamatlah semuanya....


Dicatat oleh Fauze Taib di Monday, May 30, 2011 0 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Sunday, 29 May 2011

Solat Sunat Dhuha

Ruang waktu dan waktu afdal 

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakannya 
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Doa yang disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Dicatat oleh Fauze Taib di Sunday, May 29, 2011 0 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Monday, 23 May 2011

Sakit Kepala

adus... sakit sungguh kepala ni... rasa pening semacam ja...dah 5, 6 hari mcm ni...  tampal koyok pn x jadi apa...telan panadol pun dok sakit lagi.....
Itu yang berlaku 5, 6 hari sudah... sampai cuti hujung minggu pun x ke mana2.. dok d rumah saja....

hari ni gagah jugak diri p Klinik kesihatan Bukit jambul nk ambil ubat.... sampai di klinik kol 12.40 pm... tp misi sruh balik  & mai pulak kol 2.00 pm sbb doktor x ada...so jam 2.00 pm aku p pulak lah...

Tapi agak lawak pulak jadi masa register tu depa blh mintak kt aku alamat rumah di penang dak.... heran jugak aku sbb di kad pengenalan aku mmg dh tertera yg aku dari Balik Pulau, Pulau Pinang. takkanlah Balik Pulau tu bukan daerah di Pulau Pinang????? hmm.. macam2...

Sampai turn aku, aku masuk jumpa MA dulu pastu kena plak p check darah dgn BP.....sib baik gula dalam darah ok tp BP agak tinggi sikit...so kna stay lagi kna p jumpa doktor pulak...aku tunggu lagi lbh kuran stgh jam...bila smpai turn aku , aku pun masuk jumpa doktor...doktor check BP skali lagi & sah BP aku mmg tinggi,,,.. mula2 check BP 180/130.. doktor kata kalau lambat jumpa doktor mungkin blh kna strok.. ohh tidak.. risaunya aku...mungkin sbb aku depressed sangat kot kebelakangan ni smpai nk jadi hypertension jugak... risau jugak kalau kna darah tinggi....(mintak simpang la) ... pastu doktor suh makan ubat & kna tunggu di klinik smpai sejam sblm dia akan check balik BP.....

 Lepas sejam doktor check balik BP aku.. skrg dh 160/90 dah kurang...tp sblm tu misi check 175/112.... sib baik la dah kurang.,..kalau tak doktor nk refer ke hospital jumpa specialist kt GH...bertambah risau aku lagi....

so esok aku MC  nmpaknya...so blh lah rilex2 bagi tenang fikiran.......tp sblm tu kna ke klinik dulu untuk ambil darah & check darah sekali lagi... Mudah2 an semuanya selamatlah & aku x lah terlibat dengan appointment ke hospital setiap 2 mggu skali tu.....
nampaknya aku nk kna pergi bercuti lah tenang2 fikiran... tp bajet pulak x dak..camna nk buat??

Dicatat oleh Fauze Taib di Monday, May 23, 2011 0 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Saturday, 7 May 2011

Selamat Hari Ibu

8 Mei 2011... Selamat Hari Ibu untuk ibu kesayanganku.... semoga sentiasa beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat... Amin...

Our mother is the sweetest and
Most delicate of all.
She knows more of paradise
Than angels can recall.

She's not only beautiful
But passionately young,
Playful as a kid, yet wise
As one who has lived long.

Her love is like the rush of life,
A bubbling, laughing spring
That runs through all like liquid light
And makes the mountains sing.

And makes the meadows turn to flower
And trees to choicest fruit.
She is at once the field and bower
In which our hearts take root.

She is at once the sea and shore,
Our freedom and our past.
With her we launch our daring ships
Yet keep the things that last.


 


"Queen Of My Heart"
So here we stand
In our secret place
With a sound of the crowd
So far away
And you take my hand
And it feels like home
We both understand
It's where we belong

So how do I say?
Do I say goodbye?
We both have our dreams
We both wanna fly
So let's take tonight
To carry us through
The lonely times


I'll always look back
As I walk away
This memory
Will last for eternity
And all of our tears
Will be lost in the rain
When I've found my way
Back to your arms again
But until that day
You know you are
The queen of my heart


Queen of my heart


So let's take tonight
And never let go
While dancing we'll kiss
Like there's no tomorrow
As the stars sparkle down
Like a diamond ring
I'll treasure this moment
Till we meet again


But no matter how far
(Matter how far)
Or where you may be
(Where you may be)
I just close my eyes
(I just close my eyes)
And you're in my dreams
And there you will be
Until we meet

Oh yeah
You're the
Queen of my heart
(Of my heart)
No matter
How many years it takes
(Queen of my heart)
I'll give it all to you
Oh yeah
(Queen of my heart)
Oh yes you are
The queen of my heart



~Nick Gordon~
Dicatat oleh Fauze Taib di Saturday, May 07, 2011 0 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Tuesday, 3 May 2011

Mei Datang lagi

Mei Datang lagi.....


Sesuai dengan tajuk utk entry kali ni bulan Mei adalah bulan yang istimewa dalam hidup aku....
macam-macam perkara penting yang tercatat dalam bulan Mei ni..... dimulakan dengan Hari Pekerja pada 1 Mei (Selamat Hari Pekerja Semua). Ada Hari Guru, Hari Belia, Hari Jururawat, Hari Ibu juga hari2 lain yang disambut sepanjang Bulan Mei ni.....
Kawan2 juga orang terdekat dengan aku jugak ramai yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan Mei ni sperti Aizad, Syafiq, Saiful Anas, Safiy Alia dan ramai lagi kawan2 yang lain..... juga x lupa aku lah yg umur akan bertambah setahun lagi pada pertengahan bulan ni....kali ni sambut harijadi sama tarikh dgn anak kawan baik aku Muhammad Saifol Anas yang bertumur setahun pd 19 Mei ni..aku Pulak dh masuk 31 tahun... 30 tahun beza umur kami..terasa sungguh betapa dah berumur aku nih.... :)




Dicatat oleh Fauze Taib di Tuesday, May 03, 2011 0 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Dugaan, Ujian, Ketentuan DariNya.....

ohh...dah lama x mengadap laptop taip something dalam entry ni..... sekian lama juga menyepikan diri sbb bermacam2 dugaan yg aku hadapi sepanjang bln April nih...adakah blh dikatakan tragedi April???
ermmm... ikutkan bkn bln April saja dugaan bertimpa2 tapi sejak dr Disember lagi...sebaik saja aku diijabkabulkan... bak kata orang dugaan di awal perkahwinan....tapi Alhamdulillah ujian demi ujian yang mendatang berjaya ditempuh walaupun ada yang masih belum dapat diselesaikan sampai sekarang, tp sekurang2 nya x lah berterusan....

Tapi masuk sj April mmg sungguh berat skali dugaan yang aku hadapi.....bermacam2 dugaan, ujian, cubaan yang datang bertimpa2. Belum sempat nk bangun dh ada lagi dugaan lain...sampai rasa mcm x mampu nak mnghadapi semuanya.... dugaan yang paling besar ialah bilamana isteri tercinta mengalami keguguran pada 18 April 2011 yng lalu... masa tu hanya Allah sahaja yg tahu perasaan ini di kala aku amat2 berharap agar dikurniakan cahaya mata 7 bulan lagi.....tapi apakan daya...AKu Pasrah... nasib baik ada kawan2 yang banyak bagi semangat utnuk aku teruskan hidup ini ... terima kasih banyak2 yang tak terhingga kepada Merry dan keluarganya di Jitra sbb bnyak membantu sepanjang aku dan isteri  yang kna masuk wad di Jitra pada hari kejadian. Juga buat kawan2 yang banyak bagi semngat terutamanya Heare, Mahani dan lain.... selepas dugaan tu , hari yang sama jugak terima perkhabaran dari tempat kerja isteri yang isteri mungkin akan ditamatkan kontrak kerja sbb mc terlalu lama sampai 2 mggu.... macam lemah ja rasa  dengar.... ingatkan bolehlah bernafas lega sikit bila isteri dah keja....tp apa yg boleh buat dah x dak rezeki....

Namun Allah Maha Kuasa...Dia tak akan bagi ujian kepada habanya yang tidak mampun hadapinya..Aku redha....Jadi aku tempuh jugaklah dugaan2, ujian2 tu....Insyallah akan ada hikmah di sebalik semua yang aku hadapi sekarang ni,.. mudah-mudahan...Amin!!!



Dicatat oleh Fauze Taib di Tuesday, May 03, 2011 0 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Newer Posts Older Posts Home

Terima Kasih

widgets

Ramalan Kaji Cuaca

bloguez.com

Jam

Sila KLIK di sini... Terima Kasih

KLIK sini juga.. TQVM ;)

Sembang-Sembang...

Followers

Powered by Blogger.

My Blog List

Total Pageviews

Blog Archive

  • ►  2014 (2)
    • ►  September (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2013 (5)
    • ►  January (5)
  • ►  2012 (14)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (7)
    • ►  May (2)
  • ▼  2011 (47)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (3)
    • ▼  May (6)
      • Check in di Ward Kecemasan HBP
      • Solat Sunat Dhuha
      • Sakit Kepala
      • Selamat Hari Ibu
      • Mei Datang lagi
      • Dugaan, Ujian, Ketentuan DariNya.....
    • ►  April (5)
    • ►  March (11)
    • ►  February (14)
    • ►  January (5)
  • ►  2010 (6)
    • ►  December (6)

Blogroll

  • Penang Bloggers
  • CIMB Clicks
  • Facebook
  • Gossip
  • Harian Metro
  • Hot Fm
  • Maybank2u
  • Mstar Online
  • Online Booking Airasia
Follow @f1fauzi

Twitter

Tweet

Popular Posts

  • Mari kenali jenis-jenis Durian
  • Selamat Hari Guru
    Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajar aku bermula dari tadika, sekolah rendah di SKSK, Sekolah Menengah di SMK Seri,...
  • Happy 1st Birthday Muhammad Faris bin Md Fauzi
    Assalamulaikum...  Agak bersawang jugak dah blog ni sbb lama x update... dah mcm2 program/aktiviti/3vent yg terlepas.. x palah.. setakat m...
  • Happy birthday my lovely wife
    Happy birthday.... Thanks For everything... Thanks Allah for the 'gift'
  • Merawat jiwa yang lara....

About Me

My photo
Fauze Taib
Balik Pulau, Pulau pinang, Malaysia
It’s not what I am inside BUT what I do that defines me..... My Positive Outward Appearance :- +-> Friendly +-> Caring +-> Responsible +-> Confident +-> Respect +-> Make Fun +-> Comprehend +-> Good Listener +-> Hardworking +-> Kind +-> Good Looking +-> Quite Intelligent +-> Good Guy
View my complete profile
 
Copyright (c) 2010 Fauzi Taib™. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes