skip to main | skip to sidebar

Fauzi Taib™

©My Life, My Destiny.... Sedetik Lebih

Pages

Selamat Datang.....












widgets

Wednesday, 30 March 2011

Everyone’s talking about the MsiaGP next week. Here’s how I’m gonna win ticket! #ProtonLGRP RAIN HERE I COME!

Everyone’s talking about the MsiaGP next week. Here’s how I’m gonna win ticket! #ProtonLGRP RAIN HERE I COME!
Dicatat oleh Fauze Taib di Wednesday, March 30, 2011 0 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Pulau Pinang Dahulu Kala


Selamat Datang Ke Pulau Pinang.... beza sungguh Pulau Pinang dulu dan sekarang......

Batu Feringhi



Penang Road..depan Nasikandar Line clear ni


Bukit Bendera dulu...




Waterfall....




Masjid Kapitan Keling








Dicatat oleh Fauze Taib di Wednesday, March 30, 2011 1 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Sunday, 20 March 2011

Hujung minggu yang penat...........

Fuh..mmg penat...ptg td baru ja sampai dr Kuala Sanglang, Perlis.
Kemarin bertolak dr penang ke Alor Setar.. trus p Kuala Kedah (best jugak naik bus lama yg masih berlantai kayu) nk ambil motor yang dikirim abang dr Langkawi....dr Kuala Kedah  naik motor ke Kuala Sanglang singgah umah Heare...ingat nk balik trus ke Penang jer pas singgah umah Heare tp apakan daya tayar motor pecah la pulak..so trpaksa la stay semalam kat umah dia.... tp ptg tu sempat gak tgk sunset kt pantai dkt2 dgn kuala.....layan jugak tgk sunset ni....nmpak pulau langkawi lg...

Bas yng lantainya kayu ni....bas HBR

tengah dok layan sunset...yg mcm pulau2 tu pulau langkawi...

malam skit kami p makan plak kt kuala perlis. mmg sedap masakan ala cina ni... nnti...tokei kedai siap bg tau lagi skali lg mai blh p kedai baru depa yg lbh selesa.......mmg nk kna p pulak lah

Hari ni cadangnya nk balik awal tp sembang pnya sembang, p makan bihun sup special (bihun sup siam) ... kol 12 baru bertolak balik dgn motor ke penang....sib baik x panas terik sbb cuaca cam nak ujan ja,,,, ingat nk balik kot highway tp x brani plak takut jd apa2 kot highway..susah nk cr kedai pomen....balik ikut jalan lama.... (bwk slow ja motor dlm 60 km/j ja)

sampai sungai petani ujan lebat sgt2.....apa lagi basah la..ingat nk berenti la sat tp dh kunci motor plak hilang( tercabut sndri dr motor, kat mana jatuh ntah)... terpaksalah bwk motor non stop dlm hujan lebat tu smpai ke penang (lg lebat ujan di penang)..... memang letih sungguh la ujung minggu ni....
nak rehat2 sat...pastu tidor..sok keja.....

Ikan stim chinese style...kalailan ikan masin & butter prawn...memang sedap...

ni lah bihun sup special....sup siam...sedap2..




 p/s: naik honda sport 5 series x der bumbung,...


Dicatat oleh Fauze Taib di Sunday, March 20, 2011 0 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Saturday, 19 March 2011

Sedetik Lebih -English Version

Dicatat oleh Fauze Taib di Saturday, March 19, 2011 0 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Tuesday, 15 March 2011

Istirehat di Suria Aprtment Bukit Merah

Alhamdulillah....  sempena dengan cuti sekolah ni walaupun x dak anak lagi dapat jugak jalan2 sambil istirehat tenangkan otak dan minda di Suria Apartment Bukit Merah.. kami bertolak Isnin petang dari Penang dan stay di sana 1 malam... petang ni (Selasa) dh balik semula ke Penang...ramai jugak orang yg bercuti bawak anak2 bercuti & riadah kt Bukit Merah Laketown Resort ni....

Apapun terima kasih byk2 lah kt Siti Mahani & husband, Sabri sbb sponsor penginapan kt sana... Best jugak cuti2 ramai2 ni dengan Mahani dan keluarga dia... Insyaallah ada masa boleh lagi pergi bercuti di sana...






Dicatat oleh Fauze Taib di Tuesday, March 15, 2011 2 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Saturday, 12 March 2011

Gempa Magnitud 8.8 Skala Richter Landa Jepun

TOKYO: Satu gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 pada skala richter berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada Jumaat dan mencetuskan tsunami setinggi 10 meter (30 kaki) hingga menghanyutkan kereta dan bangunan di sepanjang pandai berkenaan.

Di beberapa lokasi di sepanjang pantai Jepun, tayangan televisyen memaparkan berlakunya banjir dengan puluhan kereta, kapal serta bangunan dihanyutkan air.

Menurut rakaman stesyen televisyen Nasional NHK, terdapat sebuah kapal besar yang dibawa arus deras melanggar pemecah ombak di Bandar Kesunnuma di Wilayah Miyagi.

Gempa yang melanda kira-kira pukul 2.46 petang waktu tempatan diikuti dengan beberapa siri gempa susulan termasuk magnitud 7.4 sekitar 30 minit kemudian.

Agensi meteorologi mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan pantai Pasific seluruh Jepun.
Stesyen televisyen nasional NHK mengeluarkan peringatan kepada sesiapa yang masih berada di kawasan berdekatan pantai supaya berpindah ke kawasan tanah lapang yang lebih selamat.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii berkata, amaran tsunami dikeluarkan kepada Jepun, Rusia, Pulau Marcus dan Marina Utara.

Manakala amaran berjaga-jaga dikeluarkan kepada Guam. Taiwan, Filipina, Indonesia dan Hawaii, Amerika Syarikat.

SUMBER: mStar Online.

p/s: Semoga Allah S.W.T melindungi Malaysia dari segala bencana alam seumpama ni. Amin...




Dicatat oleh Fauze Taib di Saturday, March 12, 2011 0 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Tuesday, 8 March 2011

Rifca nenek paling muda di dunia

Pecah Rekod!! ingat hr tu dh ada wanita paling muda jadi nenek...rupanya ada lgi yg pecahkan rekod tu ,... hebat sungguh depa no... berikut petikan berita dr Harian Metro:

BUCHAREST: Seorang wanita yang mencatat nama sebagai nenek paling muda di dunia menceritakan pengalamannya membesarkan anak sejak berusia 12 tahun, semalam.

Ibu kepada dua anak, Rifca Stanescu, berkata mana-mana gadis tidak sepatutnya mengikut langkah dia memiliki anak pada usia terlalu muda.


Bagaimanapun, anak sulung Rifca, Maria, melahirkan zuriat pertamanya, Ion, ketika baru berusia 11 tahun.

Kata Rifca, 23, dia berkahwin dengan penjual barang kemas, Ionel Stanescu, ketika dia baru berusia 11 tahun, manakala lelaki terbabit 13.


“Perkahwinan dilangsungkan kerana bapa mahu menjodohkan saya dengan seorang pemuda lain yang tinggal di kampung berbeza,” katanya.


Walaupun berkahwin tanpa restu, kata Rifca, ibu bapanya memaafkan perbuatannya apabila dia melahirkan Maria.
Dicatat oleh Fauze Taib di Tuesday, March 08, 2011 0 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Saturday, 5 March 2011

What Are Words..........

Single dr  top 24 Americal Idol, Chris Medina telah merakam single terbarunya yang bertajuk “What Are Words. Sila tengok video ni dan feel sampai leleh air mata.... hehe...



Lirik lagu “What Are Words

Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I’ll be there
Anytime you whisper my name, you’ll see
How every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most

What are words
If you really don’t mean them
When you say them
What are words
If they’re only for good times
Then they don’t
When it’s love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we’re gone

And I know an angel was sent just for me
And I know I’m meant to be where I am
And I’m gonna be
Standing right beside her tonight

And I’m gonna be by your side
I would never leave when she needs me most

What are words
If you really don’t mean them
When you say them
What are words
If they’re only for good times
Then they don’t
When it’s love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we’re gone

Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I’ll be there
And I’m gonna be here forever more
Every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most
I’m forever keeping my angel close




Dicatat oleh Fauze Taib di Saturday, March 05, 2011 1 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Friday, 4 March 2011

Tazkirah Jumaat - Petua Mencuci Hati

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Ka m sah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagai mana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1.     
 Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang
        sungguh berkesan. Se m asa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan    hatiku bersih."

2.     Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini

        merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa di-
        ampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3.     Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan

        menenangkan minda.

4.     Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,

        penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah"
        sebanyak 3X.

5.     
 Berma'af- ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu
        sebutkan.

6.     Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk

        diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku
        sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).

7.     Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,

        senyum , pejam m ata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci
        hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,positif."
        Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakam kan
        sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8.     Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2

        kejahatan.

9.      Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,

        tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).

10.    Kekalkan wuduk.
 

11.    Bersedekah.

12.    Belanja orang makan.

13.   Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14.   Berkawan dengan ulama.


15.   Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16.   Pesan pada orang, jadi baik.

17.   Menjaga pancaindera ( mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang
Semoga Allah melindungi kita semua daripada kesesatan dan kekufuran.

Wassalam .
...


 mengumpat.

"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat."




Dicatat oleh Fauze Taib di Friday, March 04, 2011 0 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Wednesday, 2 March 2011

Wanita 29 tahun timang cucu.. biar Betul??


LONDON: Seorang wanita berusia 29 tahun yang bakal menjadi nenek paling muda di Britain berkata, ia bagaikan mimpi ngeri apabila mendapat tahu anak perempuannya, 14, hamil.

Kelly John berkata, dia selalu berharap Tia tidak akan mengulang kesilapannya, hamil ketika berusia 14 tahun.


Bagaimanapun, selepas mendapat tahu mengenai berita yang mengejutkan itu, bakal nenek terbabit berikrar akan melakukan apa saja bagi membesarkan cucunya.


Tia yang masih bersekolah dan teman lelakinya, Jordan Williams, 15, juga berikrar akan membuktikan mereka mampu menjadi ibu bapa yang baik walaupun dalam usia mentah. Namun, bapa Tia, Shem Davies yang berpisah dengan ibunya lama dulu berkata, dia juga menaruh harapan sama untuk membesarkan anak mereka ketika Kelly hamil dulu.


Dia memberitahu News of the World: “Saya tidak tahu bagaimana untuk menjadi seorang bapa - saya sendiri masih budak ketika itu.” Pasangan itu berpisah ketika berusia 15 tahun - kini anaknya pula yang hamil dan dia berharap Tia tidak akan melakukan perkara sama. Tia dan Jordan berkata, mereka selalu menggunakan kondom - dan kehamilan itu dianggap sebagai satu anugerah. Remaja dari Bridgend, Wales itu bersedia untuk memberitahu berita gempar itu kepada ibunya apabila mendapat tahu ujian kehamilannya positif.


Kelly memberitahu The Sunday Newspaper: “Mimpi ngeri yang membimbangkan saya ialah sekiranya Tia akan mengulang kesilapan yang saya lakukan dengan hamil pada usia muda. Apabila saya mendapat tahu berita itu, saya dapat rasa bagaikan dunia ini terhenti dan saya hanya mampu menangis.

Biar betul ni??? ya mmg betul lagi sahih belaka..tp x terjadi lah kt negara kita ni...kalau lah terjadi jugak rasa2 nya apa yang akan berlaku seterusnya agaknya... ishk2...

p/s: Berita Petikan Harian Metro 2 Mac 2011


Dicatat oleh Fauze Taib di Wednesday, March 02, 2011 0 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Saman Trafik: Tarikh Akhir Dilanjutkan Hingga 10 Mac

PUTRAJAYA: Kerajaan melanjutkan tempoh pembayaran saman trafik selama 10 hari mulai semalam hingga 10 Mac ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkannya di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu diambil bagi memberi lebih banyak masa kepada pesalah trafik untuk menjelaskan saman mereka.
________________________________________________________________________________
seperti yang dijangka dah... jadi, kpd sapa2 yg belum byr tu cepatlah2 bayar yer..sementara diberi peluang ni..takut2 nnti x dak peluang lain dah....
selamat beratur membayar saman!!






Dicatat oleh Fauze Taib di Wednesday, March 02, 2011 0 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Newer Posts Older Posts Home

Terima Kasih

widgets

Ramalan Kaji Cuaca

bloguez.com

Jam

Sila KLIK di sini... Terima Kasih

KLIK sini juga.. TQVM ;)

Sembang-Sembang...

Followers

Powered by Blogger.

My Blog List

Total Pageviews

Blog Archive

  • ►  2014 (2)
    • ►  September (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2013 (5)
    • ►  January (5)
  • ►  2012 (14)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (7)
    • ►  May (2)
  • ▼  2011 (47)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (6)
    • ►  April (5)
    • ▼  March (11)
      • Everyone’s talking about the MsiaGP next week. Her...
      • Pulau Pinang Dahulu Kala
      • Hujung minggu yang penat...........
      • Sedetik Lebih -English Version
      • Istirehat di Suria Aprtment Bukit Merah
      • Gempa Magnitud 8.8 Skala Richter Landa Jepun
      • Rifca nenek paling muda di dunia
      • What Are Words..........
      • Tazkirah Jumaat - Petua Mencuci Hati
      • Wanita 29 tahun timang cucu.. biar Betul??
      • Saman Trafik: Tarikh Akhir Dilanjutkan Hingga 10 Mac
    • ►  February (14)
    • ►  January (5)
  • ►  2010 (6)
    • ►  December (6)

Blogroll

  • Penang Bloggers
  • CIMB Clicks
  • Facebook
  • Gossip
  • Harian Metro
  • Hot Fm
  • Maybank2u
  • Mstar Online
  • Online Booking Airasia
Follow @f1fauzi

Twitter

Tweet

Popular Posts

  • Mari kenali jenis-jenis Durian
  • Selamat Hari Guru
    Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajar aku bermula dari tadika, sekolah rendah di SKSK, Sekolah Menengah di SMK Seri,...
  • Happy 1st Birthday Muhammad Faris bin Md Fauzi
    Assalamulaikum...  Agak bersawang jugak dah blog ni sbb lama x update... dah mcm2 program/aktiviti/3vent yg terlepas.. x palah.. setakat m...
  • Happy birthday my lovely wife
    Happy birthday.... Thanks For everything... Thanks Allah for the 'gift'
  • Merawat jiwa yang lara....

About Me

My photo
Fauze Taib
Balik Pulau, Pulau pinang, Malaysia
It’s not what I am inside BUT what I do that defines me..... My Positive Outward Appearance :- +-> Friendly +-> Caring +-> Responsible +-> Confident +-> Respect +-> Make Fun +-> Comprehend +-> Good Listener +-> Hardworking +-> Kind +-> Good Looking +-> Quite Intelligent +-> Good Guy
View my complete profile
 
Copyright (c) 2010 Fauzi Taib™. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes