skip to main | skip to sidebar

Fauzi Taib™

©My Life, My Destiny.... Sedetik Lebih

Pages

Selamat Datang.....












widgets

Friday, 25 February 2011

Nur Kasih........

Lagu tema Nur Kasih The Movie..... mesti tonton nnti ni.... 19.05.2011




Dicatat oleh Fauze Taib di Friday, February 25, 2011 0 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Wednesday, 23 February 2011

The Real Garfield

Ha.. Tu dia.... Besaq gila kucing a.k.a Garfield ni.... kalah Chomel aku...hahah

Kucing betol ni.... x tipu punya...Menurut kata tuannya, Laura Santarelli, kucing  yang berumur 3 tahun (anak kucing lagi ni) ni makan tak hengat dunia lebih dari kucing biasa yang sepatutnya sampai dh mustahil utk dia kurus balik....tu dia ,, skan sungguh...brapa la tuan dia abiskan duit nak belikan makanan kucing ni yer....???



Dicatat oleh Fauze Taib di Wednesday, February 23, 2011 4 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Monday, 21 February 2011

Port Dickson....

Ohh...sungguh letih... baru  je sampai Port Dickson dr Melaka utk sambung kursus pulak sampai Jumaat ni..... sib baikla tuan driver yang sudi hantar..siap 1 bas skaliahli rombongan hantar..terimakasih semua yer..hehe
 First time mai krsus anjuran Kementerian tempat  kerja baru ni... Alhamdulillah hotel tempat  kursus ni best jugaklah... kat  Avillion Admiral Cove Hotel Port Dickson..lokasi best..menghadap laut..ada Harbour lagi..byk2 jugak kapal-kapal layar yang parking  kt sini...heheh..

http://www.avillionadmiralcove.com/


Dicatat oleh Fauze Taib di Monday, February 21, 2011 0 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Saturday, 19 February 2011


Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)
Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)
————————————————————————————————————————
AMARAN
p/s: hanya sekadar lawak



Dicatat oleh Fauze Taib di Saturday, February 19, 2011 0 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Kursus

Kursus oh kursus.... 21-25hb Februari ni kna p kursus kt Avillion Admiral Cove Port Dickson....best ke tempat tu??? seminggu jugak la tu kt sana.... tp sok Ahad pagi2 dh kna bertolak dah sbb esok ja disediakan transport.... tp kna p bermalam di Melaka dulu..pastu senin pagi baru bertolak ke PD (tu pn mgkn kna naik bas ja dr Melaka..huhu)...  mmg susah jugaklah nk p kursus sejak bertukar kt tempat baru ni...kalau d tempt lama mungkin x dak masalah mcm ni... nk buat mcm mana kan.. zaman dah berubah.....
tapi best lah jugak blh jalan2 d Melaka dulu.... memang best kalau p Melaka ni...sib baik la dh ada pemandu pelancong yg dah sudi nk bwk jalan2 kt Melaka... TQ Hafizi... ermm ada ke sapa2 yg ada idea kt mana nk p jalan2 di Melaka & PD?? 





Dicatat oleh Fauze Taib di Saturday, February 19, 2011 0 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Wednesday, 16 February 2011

Bersamamu....

Sedih, Sebak, Kesian dan simpati tgk 'bersamamu' kt TV3 hari ni.... kisah seorang insan bernama Hairuman yang terlantar kt hospital lps tangan &sebelah kaki dia dipotong...sungguh berat rasanya penderitaan yang dia tanggung..... tapi dia seorang yg tabah...semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada dia utk terus hidup....

Sebenarnya kalau kita fikir dugaan yang yang rasa tu dah cukup berat tp sebenarnya ada orang lain yang lebih berat dugaan dan penderitaannya dari kita.... jadi renung-renungkanlah dan selamat beramal....

Kalau ada yang nk membantu bolehlah hulurkan sumbangan anda ke Tabung Bersamamu TV3
No Akaun Maybank 564324129973

Sesungguhnya, setiap cabaran dan dugaan ada hikmahnya.....

Hadis:
Dari Abdullah r.a katanya:Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk. Jawab baginda,Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula,Semoga anda mendapat pahala berganda pula. Jawab baginda:Semoga! Kemudian sabda baginda pula:Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” (Muslim)
Huraian:

Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi kaffarah (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu. Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah. (at-Tirmidzi dan Ibn Majah)

Ya Allah Ya Tuhanku...Tabahkanlah hatiku dan berikanlah kekuatan kepadaku dalam menempuh serta mengharungi dugaan hidup ini..... Sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui dan  Engkaulah juga tempatku memohon,....Amin!!





Dicatat oleh Fauze Taib di Wednesday, February 16, 2011 0 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Sunday, 13 February 2011

Maulidur Rasul




Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah S.A.W pada 12 Rabiulawal setiap tahun. Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Di antara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah S.A.W, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan.

Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah S.A.W lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.

Didapati bulan kelahiran Rasulullah S.A.W iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu.


Rasulullah S.A.W. telah dilahirkan di sini.

Dalil seterusnya yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka.

Moga ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain juga wajar dibuat hitungan semula. Kita umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah.

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah S.A.W. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.









Dicatat oleh Fauze Taib di Sunday, February 13, 2011 1 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Wednesday, 9 February 2011

Rabiul Awal

Pengertian
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.


Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.

Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  • Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.
Dicatat oleh Fauze Taib di Wednesday, February 09, 2011 3 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Monday, 7 February 2011

Kucing Naik Kereta

tak percaya??? percayalah... ni lah peel kucing aku si Chomel tu... td nih kami 1 family nk kluar g makan kt luar..masa nk kluar tu si Chomel ada kt luar umah...seperti biasa mak aku pun pesan lah kt dia suh jaga rumah & tunggu sampai kami balik makan...(ikutkan nk bwk jer dia tu, tp dh kucing kan)..


Balik dr makan mmg nampak dah si Chomel dr jauh duduk tgh2 jalan dpn umah...mmg degar kata sungguh.... bila nk jalan dia x nk bangun..duduk ja kt situ x pegi mana...so kna lah aku trun keta amik dia pastu trus letak dia dlm keta dok kt seat depan (sbb ayah aku pun dh trun time tu)... pastu elok ja da duduk & siap bunyi2 mcm nk jalan2 ngan keta..so sebagai tuan yg baik hati aku pun bawaklah dia pusing2 pulak dengan keta (memamng jadi keja aku ngan mak aku nih dgn kucing sekor ni)... sebenarnya bkn skali..tp dh byk kali dah....ada skali tu smpai ke pekan Kongsi bwk dia jalan2...dia pun dok senyap ja....mmg p sekolah sungguh punya kucing..haha.....mcm ni lah gelagat kucing kami yg bernama si chomel tu...
Sayangilah kucing anda.....






Dicatat oleh Fauze Taib di Monday, February 07, 2011 3 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Kenduri Kendara

Kenduri Kendara

Fuh!!! Letih sungguh 2 hari ni jalan2 atoq kenduri…. Hari Sabtu ada 3 kenduri kt sekitar kampong tp yg sempat p cuma 1 ja sbb ptg sabtu tu p tolong2 apa yg patut kt umah sepupu yg buat kenduri Aqiqah pd hari Ahad sama dengan kenduri kahwin Heare kt Kuala Sanglang, Perlis.. so p siap2 la sbb Ahad kena p Perlis…
Cakap bab “My Best Friend Wedding” si Heare ni, tahniah lah buat sahabatku ni… Selamat Pengantin Baru buat dia dan isterinya…. Alhamdulillah dan selamat kahwin dah dia. Sebenarnya cerita dia nk kahwin ni menyusul lps aku cerita kt dia yg aku nk kahwin…. Mungkin berjangkit kot dia pun lps aku bertunang tahun lps, selang 4,5 bulan dia pun bertunang… dan tahun ni lps sbln setengah aku kahwin Heare pun ikut jejak langkah aku jugak…. Terharu & sebak jugak tadi masa salam dengan pengantin baru ni…. teringat momen bahagia aku dulu… dah lah kaler tema pun sama....yalah selama ni banyak kami berkongsi macam2 cerita susah senang, suka duka dan macam2 cerita yg memang byk benda kami boleh kongsi sekali….
Apapun semuanya dah selama. Aku pun dah selamat sampai ke rumah. Cadangnya nk p pulak kenduri umah sepupu tp dah x sempat sbb jalan ‘jammed’ teruk sgt hr ni…

Gambar ni amik dr FB Roseli..hehe...
Pinjam dr FB Em Kays....

Lastly Tahniah sekali lagi Heare dan Faizah…. Aku doakan semoga berbahagia selalu dan kekal hingga ke syurga…. Insyaallah…. Juga buat kawan-kawan lain yang baru saja berkahwin dalam masa tedekat ni… Selamat Pengantin Baru semua (termasuk Aku gak ler heheh)….

p/s: mahap no puan yani a/\.k.a bengkang ubi x sempat nk lapor diri masuk kawasan jajahan hampa....
Dicatat oleh Fauze Taib di Monday, February 07, 2011 2 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Friday, 4 February 2011

MTV "Sedetik Lebih" - Anuar Zain (1:49 Min)




Dicatat oleh Fauze Taib di Friday, February 04, 2011 0 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Thursday, 3 February 2011

My Pet Cat…. Kucing oh Kucing

Kucing oh Kucing....
Memang kami 1 keluarga sayang sgt kt haiwan yg bernama kucing ni.....
Sampai skrg ni dah berpuluh-puluh ekor aku bela kucing ni jadi haiwan peliharaan (tp dlm satu2 masa hnya belas sekor sj lah). Putih, tompok, hitam, labu, oren (ada lbh 5 ekor kucing rasanya yg share nama oren ni..... lps sekor, ambik kucing lain pulak letak nama tu) Awie (sbb kucing ni berasal dr Langkawi...balik Penang naik feri lagi). Tp smua kucing2 aku ni dah mati...mmg sedih sangat...

Yang terkini dan paling manja nama Chomel (ayah cukup sayang kt budak ni) dah mcm anak sendiri dah.... masing2 ada peel sendiri.... Awie (suka tidoq dlm buai mcm budak2 kecik)...dia jugak cukup suka makan ayam goreng.... tiap2 minggu aku lah jadi mangsa kna p pasar malam beli ayam goreng...skali makan 2,3 ketol (tp yg ni ayah aku la sponsor)...tp smua tu kenangan lah...sayang sungguh kat dia...

Chomel ayah aku panggil kucing sekolah sbb dia cerdik sgt...dia jugak suka mengurut...hari2 akan urut aku, ayah n mak...ayah akan dapat servis lebih lah sbb dia paling sayang...smpai abis calar2 badan sbb dia urut dgn kuku dia... sebagai upah  Chomel dapat makan yg sedap2 ... hari2 msti makan ikan sekoq (favorite dia ikan curut) tu blm masuk lagi whiskas paket yang basah..sehari 2 kali dia makan....mmg mewah..dh boleh jadi duta whiskas dah...mcm2 hal kucing2 ni...tp kalau chomel x dak mmg sunyi rumah.... maklumlah rumah x dak budak kecik....hr2 msti dgr mak aku dok marah2 kt dia mcm marah anak.... sampai kadang2 ada jiran yg mai Tanya semalam tu dok marah2 kat sapa…nk tergelak aku…tp dia mcm paham ja apa yg kami cakap.... mau dak mlm2 kadang2 tidoq skali dgn aku @ mak ayah aku......

Gambar2 ni smua antara koleksi gambar2 kucing aku.... tp hanya gambar Awie & Chomel saja lah....
Chomel cukup suka main sorok2....

Chomel


Abis dia 'konker' katil aku....aku nk tidoq mana??

Dalam bekas hantaran pun dia nk tidoq...


Nyenyak sungguh tidoq..... tidoq mcm orang.....

kat mana aku nk tidoq nih.... smua port dia conquer....

Ni Awie nih.....

Suka tidoq dlm ndoi mcm budak2,.,,..

tgh buat 'pandai' nih....

Dicatat oleh Fauze Taib di Thursday, February 03, 2011 2 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Happy Chinese New Year...

Happy Chinese New Year....
Gong Xi Fa Chai
恭喜发财
nián nián yǒu yú
Wishing you prosperity every year.
年年有餘 年年有馀
Dicatat oleh Fauze Taib di Thursday, February 03, 2011 0 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Wednesday, 2 February 2011

FRIENDSHIP AND LOVE

FRIENDSHIP AND LOVE



  • Love starts with a smile, grows with a kiss, and ends with a tear.   

                                                 
  • Don't cry over anyone who won't cry over you.

                                                                                      
 


 
  • Good friends are hard to find, harder to leave, and impossible to forget.

  • You can only go as far as you push.

  • Actions speak louder than words.




  • The hardest thing to do is watch the one you love, love somebody else.

  • Don't let the past hold you back; you're missing the good stuff.

  • Life's short. If you don't look around once in a while, you might miss it.




 


  • A best friend is like a four leaf clover: hard to find and lucky to have.

  • If you think that the world means nothing, think again. You might mean the world to someone else.

  • When it hurts to look back, and you're scared to look ahead, you can look beside you and your best friend will be there







 
  • True friendship never ends.

  • Friends are forever.

  • Good friends are like stars....You don't always see them, but you know they are always there.





 
  • Don't frown. You never know who is falling in love with your smile.


  • What do you do when the only person who can make you stop crying is the person who made you cry?

  • NOBODY IS PERFECT UNTIL YOU FALL IN LOVE WITH THEM. (Isn't that the truth?)



  • Everything is okay in the end.

  • If it's not okay, then it's not the end.




 
Most people walk in and out of you life. But only True friends leave footprints in your heart.

 

 

Dicatat oleh Fauze Taib di Wednesday, February 02, 2011 0 ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Newer Posts Older Posts Home

Terima Kasih

widgets

Ramalan Kaji Cuaca

bloguez.com

Jam

Sila KLIK di sini... Terima Kasih

KLIK sini juga.. TQVM ;)

Sembang-Sembang...

Followers

Powered by Blogger.

My Blog List

Total Pageviews

Blog Archive

  • ►  2014 (2)
    • ►  September (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2013 (5)
    • ►  January (5)
  • ►  2012 (14)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (7)
    • ►  May (2)
  • ▼  2011 (47)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (6)
    • ►  April (5)
    • ►  March (11)
    • ▼  February (14)
      • Nur Kasih........
      • The Real Garfield
      • Port Dickson....
      • Telefon pertama Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah...
      • Kursus
      • Bersamamu....
      • Maulidur Rasul
      • Rabiul Awal
      • Kucing Naik Kereta
      • Kenduri Kendara
      • MTV "Sedetik Lebih" - Anuar Zain (1:49 Min)
      • My Pet Cat…. Kucing oh Kucing
      • Happy Chinese New Year...
      • FRIENDSHIP AND LOVE
    • ►  January (5)
  • ►  2010 (6)
    • ►  December (6)

Blogroll

  • Penang Bloggers
  • CIMB Clicks
  • Facebook
  • Gossip
  • Harian Metro
  • Hot Fm
  • Maybank2u
  • Mstar Online
  • Online Booking Airasia
Follow @f1fauzi

Twitter

Tweet

Popular Posts

  • Mari kenali jenis-jenis Durian
  • Selamat Hari Guru
    Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajar aku bermula dari tadika, sekolah rendah di SKSK, Sekolah Menengah di SMK Seri,...
  • Happy 1st Birthday Muhammad Faris bin Md Fauzi
    Assalamulaikum...  Agak bersawang jugak dah blog ni sbb lama x update... dah mcm2 program/aktiviti/3vent yg terlepas.. x palah.. setakat m...
  • Happy birthday my lovely wife
    Happy birthday.... Thanks For everything... Thanks Allah for the 'gift'
  • Merawat jiwa yang lara....

About Me

My photo
Fauze Taib
Balik Pulau, Pulau pinang, Malaysia
It’s not what I am inside BUT what I do that defines me..... My Positive Outward Appearance :- +-> Friendly +-> Caring +-> Responsible +-> Confident +-> Respect +-> Make Fun +-> Comprehend +-> Good Listener +-> Hardworking +-> Kind +-> Good Looking +-> Quite Intelligent +-> Good Guy
View my complete profile
 
Copyright (c) 2010 Fauzi Taib™. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes